Saturday, September 3, 2016

Terbaik untuk TUHANKU...

Jam berdering pukul 5.30 pagi. Telinga mendengar..tapi masih bermalas-malas. Selagi bom tak meletup barangkali..hehe.. Aku buka mata.Mengucap syukur masih diberi nafas.Bangun.Tengok jam yang masih berdering. 10 minit sudah berlalu. Tepat! Azan mula berkumandang. Lalu aku ke bilik air, ambil wudhu..aku tunaikan solat subuh dengan alunan ayat-ayat al-Quran yang mendayu.Sendiri mendengar..sendiri memuji kerana aku kira itu adalah persembahan yang terbaik untuk Tuhanku ..:) sedihnya...aku menangis sedih..betullah mak kata..kalau nak dekat dengan Allah..solatlah tepat waktunya..lebih-lebih lagi pada waktu subuh yang sunyi. Ibarat kau dan Dia sahaja yang ada waktu tu. Subahannallah...

Di dalam doa ku...

"Ya Allah...sesungguhnya aku selalu buat yang terbaik untuk tatapan manusia, tetapi jarang-jarang sekali kepada-Mu. Aku diberi pujian yang menggunung daripada makhluk ciptaan-Mu...dan aku leka bahawa anugerah dan keistimewaan itu sebenarnya datang dari penciptaku...semoga aku tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang munafik..."

.......muqaddimah yang buat air mataku lebih bergenang....

Aku teruskan berdoa dan mengucap syukur atas nikmat yang diberikan.

Syukran ya Allah.

Saturday, August 27, 2016

Bisikan Hati Tisu Heartwarming

Ya Allah,
Panjangkan umur ibu dan ayah ku...
Sambil-sambil tengok video ni sementara tunggu waktu isyak dengan telekung tak bukak lagi...tetiba berderai air mata..
padahal video lain yang siti nyanyi solo takde la plak rasa sedih...maybe sebab caption "sempena hari ibu"???
Hati tisu sungguh bila ingat mak sendiri...
semoga mak sentiasa dalam lindungan Allah.Amin,,