Monday, March 5, 2018

R&D ATAU R&I?

R&I tu apa?

R&I tu Research & Innovation katanya lah.Hasratnya nak buat penjenamaan semula? Urus Setia KPN jadi Sekretariat...itu tak pa lagi...tapi kalau kekal, lagi sedap bunyinya sebab ada perkataan KPN. KPN tu dah sebati dalam PDRM.

Kesimpulannya, saya tak setuju "R&D" ditukarkan ke "R&I". Tak global langsung... Research & Development (R&D) tu dah sebati bukan setakat di Malaysia saja tapi seluruh negara dalam dunia ni guna term yang sama. R&D barulah dikatakan nama yang global. So, perlu ke tukar?

Saya berharap jangan tinggalkan masalah pada generasi akan datang. Perjalanan kami jauh lagi. Apa jadi kalau "Research & Innovation/ R&I" nak dapatkan apa-apa peruntukan, saya fikir susah tu nak approve..Macam-macam halangan nanti. Sebab nama pun ada perkataan "Innovation", jadi pandai-pandailah berinovasi. Gunalah daya kreatif anda tanpa wujudkan apa-apa implikasi kewangan. Gunakanlah yang sedia ada ye, barulah sesuai dengan namanya...."INOVASI" kan?

Lagipun, "Innovation" ni sebenarnya adalah part of R&D. ( See an update : 15 Mac 2018) Mengapa dikecilkan lagi skop R&D sampaikan orang tak pandang kerja kita? Sepatutnya kita besarkan peranan tu...jadi R&D induk kepada seluruh R&D under jabatan. Setiap tahun mesyuarat berkala. Update penyelidikan yang sedang dibuat, bangunkan inovasi baru, tingkatkan kualiti personel sehingga ke tahap SME, bincang dan settlekan sama-sama. barulah semangat esprit de corps tu dapat di pupuk. Kena buang sikap tak ambil tahu and work in silo. #macambagus

Bagi saya R&D adalah nama yang gah. Walaupun ada yang labelkan R&D as "Run & Disappear" or  "Rehat & Duduk".. eh,kami still boleh senyum la..sebab kami tahu, bila yang mencemuh kena tukar masuk R&D, sure dia akan tarik balik kata-kata tu dan malu sendiri. Orang kata, belum cuba belum tahu kan???..jadi bolehlah cuba..Lepas sebulan kita tengok, boleh rehat dan duduk tak???

 #suggestiondiary

Update : 15 MAC 2018

Definition

Your Own Language

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified